Infaq Ramadan Kepada Penumpang Feri Pulau Pinang

29 MARCH 2024, BY
PP_update20240401-1-header.jpg
 

Pada 29 Mac 2024, bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, PPSB mengambil inisiatif berkolaborasi bersama ahli jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Bagan Dalam,Butterworth menyediakan dan mengedarkan 1000 bungkusan bubur lambuk kepada komuniti Bagan Dalam  dan penumpang Feri Pulau Pinang.

 

Majlis penyerahan bubur lambuk ini disempurnakan oleh Ketua-Ketua Divisyen PPSB. Objektif program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki pada bulan Ramadan serta mendekatkan warga kerja PPSB dengan masyarakat setempat.

 

 Back