Home / Media Center / News / December 2024 / Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menganjurkan HR Open Day yang pertama!
Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menganjurkan HR Open Day yang pertama!
23 DECEMBER 2024, BY
-menganjurkan-HR-Open-Da/15-(2).png.aspx?maxsidesize=1280)
Pada 10 Disember 2024, Jabatan Sumber Manusia PPSB buat julung-julung kalinya telah menganjurkan program "HR Open Day" yang dirasmikan oleh Dato' Sasedharan Vasudevan, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd.
Acara ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini, di samping memberi peluang kepada warga kerja PPSB untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada agensi-agensi yang berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”), Pertubuhan Kebajikan Sosial (“PERKESO”), Zakat Pulau Pinang, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (“PTPTN”), dan banyak lagi.
Pelbagai agensi jemputan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, CelcomDigi, Klinik Pergigian, dan Capital Physio juga turut serta dalam membuat pameran dan menawarkan pelbagai informasi untuk kesejahteraan warga kerja PPSB.
Selain itu, program ini turut diserikan lagi dengan taklimat daripada agensi-agensi yang terlibat serta sesi ceramah jemputan yang ditaja khas oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad iaitu Y.M. Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad bertajuk “Kepentingan Kesihatan Mental di Tempat Kerja”— topik yang sangat relevan untuk memastikan kesejahteraan mental warga kerja PPSB di tempat kerja terus terjaga.
PPSB dan Jabatan Sumber Manusia berharap program seperti ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga kerja PPSB.
Back