MENGEMUDI KECEMERLANGAN: JADUAL PERJALANAN FERI BAHARU PULAU PINANG

09 AUGUST 2023, BY Penang Port

PULAU PINANG, 9 OGOS 2023 – Penang Port Sdn Bhd (PPSB) ingin mengumumkan bahawa perkhidmatan feri baharu yang telah beroperasi pada 7 Ogos 2023  telah mendapat sambutan  yang amat menggalakkan daripada para pengguna feri dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna feri yang telah memilih untuk memulakan perjalanan baharu ini bersama-sama kami.

Seiring dengan komitmen kami  untuk memberikan  perkhidmatan yang cekap dan efisien  kepada pengguna feri,  kami ingin memaklumkan bahawa, selama satu (1) bulan berkuat kuasa mulai 8 Ogos 2023,  kami akan menambah kekerapan operasi perkhidmatan feri  mengikut aliran trafik pengguna feri. Sehubungan dengan itu, , untuk memastikan pengalaman dan perjalanan pengguna feri adalah lancar, jadual feri mungkin akan berbeza dari masa ke masa.

Kami amat memahami kepentingan kebolehpercayaan perkhidmatan feri yang kami sediakan dalam rancangan perjalanan para penumpang feri  dan kami memberi jaminan bahawa pasukan kami yang berdedikasi sedang berusaha tanpa henti untuk mengurangkan sebarang gangguan terhadap perjalanan penumpang feri. Keselesaan anda tetap menjadi keutamaan kami, dan kami akan terus memantau dan mengoptimumkan operasi kami untuk memastikan setiap penumpang menikmati perjalanan feri yang lancar dan menyeronokkan.Kami mengucapkan terima kasih kerana mamahami dan atas  kesabaran dan kepercayaan yang berterusan terhadap PPSB

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila  layari laman sesawang rasmi kami di www.penangport.com.my atau hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan feri kami di talian 04 - 3102363.

TENTANG PENANG PORT SDN BHD

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) (sebahagian daripada Kumpulan MMC) adalah pengendali pelabuhan untuk Pelabuhan Pulau Pinang yang terletak di Negeri Pulau Pinang, di barat laut Semenanjung Malaysia. Pelabuhan Pulau Pinang membuka peranan butik dengan berfungsi sebagai pintu masuk utama ke wilayah Utara Malaysia dan Selatan Thailand, berkhidmat di lembangan Selat Melaka dan Teluk Bengal.

Pelabuhan Pulau Pinang ini dilengkapi sepenuhnya untuk mengendalikan semua jenis kargo, seperti kargo berkontena dan konvensional seperti cecair, kelompok kering, dan pecahan.

PPSB juga mempromosikan ”Seamless Cruise -to-Tourism Access” melalui leveraj kami di Swettenham Pier Cruise Terminal - yang telah muncul sebagai pelabuhan panggilan paling sibuk di Malaysia untuk pelayaran.

Maklumat tambahan boleh didapati di www.penangport.com.my.

Suhailawatie Ramli, Ketua Sekyen, Komunikasi Korporat, Penang Port Sdn Bhd
Tel: +6019 4808 472 604 3752443, Fax: +604 3752409

 

 Back