KEPRIHATINAN PENANG PORT MEMBAWA KEPADA PENYELESAIAN MASALAH NELAYAN

22 JANUARY 2015, BY

21 Januari 2015 – Penang Port secara rasminya telah mencapai kata sepakat dengan Persatuan Nelayan Ujong Batu bagi penyelesaian isu penempatan semula nelayan di kawasan Limbungan Bagan Dalam.

Pihak Penang Port telah bersetuju menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan bagi menanggung kos perpindahan pondok nelayan ke kawasan yang baru.

Kemuncak kepada penyelesaian isu ini telah diselesaikan secara persetujuan bersama dan sesi penyerahan cek telah di sampaikan oleh Encik Mohd Shobri Bin Mat Desa, Pengurus Hartanah sambil disaksikan oleh Tuan Yahaya Bin Abdul Malik, Ketua Polis Pelabuhan dan Encik Mohamad Azhar Bin Haji Mohd Noor, Ketua Unit OSHE di Dewan Persatuan Nelayan Ujong Batu, Bagan Dalam.

Menurut Encik Johari Bin Hashim, Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Ujong Batu pihaknya berasa amat lega dan berpuas hati dengan kesepakatan pihak Penang Port dalam menangani isu ini dengan penuh prihatin, berhemah dan cekap.

Dalam pada itu, Encik Md. Derick Basir, Ketua Perkhidmatan Sokongan menyatakan bahawa sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab, Penang Port sentiasa peka dan mengambil berat terhadap isu-isu komuniti di sekitar kawasan pelabuhan.

“Sehubungan dengan itu, pihak Penang Port berbesar hati untuk terus berkerjasama dengan pihak Persatuan Nelayan Ujong Batu pada masa akan datang”, katanya.

Majlis penyerahan cek berakhir dengan jamuan tengah hari di Restoran Nelayan Ujong Batu. penangport.jpg

Encik Abdullah bin Mat (dua dari kanan) menerima sumbangan cek dari pihak Penang Port sambil disaksikan oleh Encik Johari Hashim, Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Ujong Batu (paling kanan).

 

penangport2.jpg

Majlis makan tengah hari bersama Persatuan Nelayan Ujong Batu di Restoran Nelayan Ujong Batu.

 

 Back