Penang Port Sdn Bhd telah menyertai Program Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari di Pulau Pinang

17 MAY 2024, BY

CSR-POKOK-header.png

Bersempena sambutan Hari Bumi pada 22 April setiap tahun, Penang Port Sdn Bhd telah menyertai Program Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Program ini diadakan pada 22 April 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Mak Mandin, Butterworth.

 

 Inisiatif ini melibatkan 50 warga kerja PPSB dan 100 pelajar serta guru dari Sekolah Kebangsaan Mak Mandin telah berjaya menanam sebanyak 250 anak pokok Limau Kasturi (Calamansi) di sekitar kawasan sekolah. Kami percaya inisiatif ini dapat melestarikan keindahan alam untuk kesejahteraan generasi masa depan.

 

 Back