Home / CSR / CSR News / March 2025 / Majlis Berbuka Puasa PPSB Bersama Agensi Kerajaan & Jelajah RTM Edisi Ke-13
Majlis Berbuka Puasa PPSB Bersama Agensi Kerajaan & Jelajah RTM Edisi Ke-13
14 MARCH 2025, BY
Pada 14 Mac 2025, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pulau Pinang telah menyemarakkan semangat bulan Ramadan, bermula dengan inisiatif 'Kongsi Rezeki' bersempena Program Jelajah Ramadan RTM Edisi Ke-13.
PPSB turut memberi sumbangan wang tunai kepada lima (5) buah gerai peniaga makanan dan minuman di Bazaar Ramadan Butterworth. Di samping itu, PPSB juga mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada pengunjung bazar. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi PPSB, Dato' Seri Syed Mohamad bin Syed Murtaza, Ketua Pegawai Eksekutif PPSB, Dato' Sasedharan Vasudevan, dan Pengarah RTM Pulau Pinang, Ts. Nor Hisham bin Abbas.
Bertempat di Hotel Crowne Plaza Penang Straits City, Pulau Pinang, PPSB telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama agensi kerajaan. Majlis ini dihadiri oleh pegawai dan wakil daripada agensi kerajaan dan kami turut meraikan tiga belas (13) keluarga asnaf dengan memberi sumbangan wang tunai sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. PPSB komited dalam membantu komuniti setempat dan memastikan keberkatan bulan Ramadan dikongsi bersama.
PPSB mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menyokong Majlis Berbuka Puasa dan Program Jelajah Ramadan RTM, Pulau Pinang.
Back