Hijaukan Pesisir Pantai, Lestarikan Masa Depan, Komitmen PPSB Untuk Alam Sekitar

17 JULY 2025, BY
PP_Hijaukan_Pesisir_Pantai_header.jpg

Penang Port Sdn Bhd bersama rakan kolaborasi iaitu Persatuan Nelayan Jeti Sungai Tembus, Penaga serta Majlis Bandaraya Seberang Perai telah menganjurkan program Penanaman Pokok Bakau bertempat di Jeti Sungai Tembus pada 17 Julai 2025.  

Program ini mendapat kerjasama dan sambutan yang menggalakkan daripada warga kerja PPSB, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) serta komuniti setempat yang berganding bahu dalam memelihara alam sekitar. Ini membuktikan bahawa usaha pemuliharaan alam sekitar serta ekosistem adalah tanggungjawab kita bersama.

Program ini mengukuhkan komitmen kami dalam melaksanakan amalan tadbir urus alam sekitar yang mampan, selaras dengan prinsip ESG Penang Port Sdn Bhd.  Bersama, kita  teruskan usaha  dalam memelihara ekosistem pesisiran pantai untuk warisan generasi akan datang.  

 

 Back