Perasmian Pusat Fisioterapi Penang Port Sdn Bhd

20 NOVEMBER 2024, BY

PP_Perasmian_Pusat_Fisioterapi_header.jpg

Pada 5hb November 2024, Penang Port Sdn Bhd melalui Jabatan Sumber Manusia telah melancarkan secara rasmi Pusat Fisioterapi Penang Port Sdn Bhd (“Pusat Fisioterapi PPSB”). Acara perasmian ini diadakan bagi memperkenalkan Pusat Fisioterapi PPSB kepada semua warga kerja Penang Port Sdn Bhd. Pusat Fisioterapi PPSB ini akan memberikan kemudahan kepada warga kerja dan menandakan permulaan baharu dalam komitmen Penang Port Sdn Bhd terhadap kesejahteraan warga kerjanya.

Justeru, Penang Port Sdn Bhd berharap usaha ini dapat memupuk satu budaya tempat kerja yang lebih sihat di mana warga kerja boleh mengutamakan kesihatan fizikal dan kesejahteraan mereka.

Terima kasih juga kepada Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd, Dato' Sasedharan yang hadir bagi merasmikan program tersebut dengan diiringi oleh Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat serta ketua-ketua divisyen dan jabatan sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif ini.

 

 Back