Home / Activity / Activity Articles / November 2024 / Majlis Pelancaran Divisyen Projek Khas dan Apresiasi Rakan Sinergi Zakat Pulau Pinang
Majlis Pelancaran Divisyen Projek Khas dan Apresiasi Rakan Sinergi Zakat Pulau Pinang
07 NOVEMBER 2024, BY

Penang Port Sdn Bhd dengan sukacitanya menerima penghormatan sebagai Rakan Sinergi dalam menyokong inisiatif Zakat Pulau Pinang untuk memperkasa projek agihan zakat. Majlis pelancaran ini diadakan di The Light Hotel dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.
Usaha ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengoperasian institusi zakat seperti Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ), Inapan Kasih Sayang (IKS) untuk anak-anak asnaf, serta pusat jagaan warga emas, Darul Hanan.
Sebagai sebuah institusi korporat, Penang Port Sdn Bhd komited untuk terus menyokong usaha dan iltizam Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dalam memastikan projek agihan zakat memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat di negeri ini umumnya.
Penang Port Sdn Bhd bersama-sama dengan Zakat Pulau Pinang berharap bahawa kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif seumpama ini di masa hadapan, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima zakat, tetapi juga memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dan saling membantu antara semua lapisan masyarakat di Pulau Pinang.
Back