Lawatan Jawatan Kuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting Negeri Pulau Pinang

25 MAY 2026, BY

Pic-1.jpeg

Pic-2.jpeg

Lawatan Jawatan Kuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting Negeri Pulau Pinang

Pada 25 Mei 2026, ahli Jawatankuasa Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi dan diketuai oleh Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Pulau Pinang (CGSO), YBrs. Encik Mohd Khairul Sharizan, telah melaksanakan lawatan pemeriksaan ke terminal di Pelabuhan Pulau Pinang yang merupakan kawasan Sasaran Penting Tahap II.


Lawatan ini bertujuan menilai tahap pematuhan pengurusan keselamatan selaras dengan Arahan Tetap Sasaran Penting (ATSP). Pemeriksaan tersebut turut memberi penekanan terhadap aspek kawalan keselamatan, kesiapsiagaan serta prosedur operasi yang dilaksanakan di kawasan pelabuhan.


Selain memastikan tahap keselamatan sentiasa dipatuhi, lawatan ini juga memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan bersama pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dalam usaha berterusan memelihara keselamatan aset strategik negara serta menjamin kelancaran operasi pelabuhan.

 

 Back