Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Menganjurkan Iftar Ramadan Bersama Agensi Kerajaan Di Pulau Pinang

22 MARCH 2024, BY

IFTAR-2024-1-header.jpg

Penang Port Sdn Bhd (PPSB), ahli Kumpulan MMC, menyambut kehadiran bulan Ramadan yang mulia dengan mengeratkan hubungan antara pihak berkepentingan melalui Majlis Iftar Bersama Agensi Kerajaan. Majlis yang diadakan pada 22 Mac 2024, di Bertam Resort, Pulau Pinang, telah dihadiri lebih 200 tetamu dari pelbagai agensi dan pihak berkuasa.
 

Kehadiran Dato’ Seri Syed Mohamad bin Syed Murtaza, Pengerusi PPSB, telah menyempurnakan majlis tersebut. Semangat Ramadan diraikan lagi dengan kehadiran Anak-Anak Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang. Dato’ Seri Syed Mohamad mengambil peluang memberikan sumbangan Duit Raya kepada anak-anak Inapan Kasih Sayang, yang jelas menunjukkan komitmen PPSB terhadap aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).


Selain itu, majlis turut diserikan dengan sesi Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh Mohamad Sabiren bin Soaid, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang.Majlis Iftar ini berfungsi sebagai platfom bagi PPSB mengeratkan hubungan dua hala dengan badan-badan kerajaan dan mengukuhkan libat urus dengan pihak berkepentingan

 

 Back