Home / Activity / Activity Articles / June 2026 / PPSB & SOA Meterai MOA, Sedia Nyalakan Semangat Harimau Kumbang Kembali Mengaum
PPSB & SOA Meterai MOA, Sedia Nyalakan Semangat Harimau Kumbang Kembali Mengaum
11 JUNE 2026, BY


𝐏𝐏𝐒𝐁 & 𝐒𝐎𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐌𝐎𝐀, 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐍𝐘𝐀𝐋𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 '𝐇𝐀𝐑𝐈𝐌𝐀𝐔 𝐊𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐔𝐌'
Satu lembaran baharu ke arah persekitaran kerja yang progresif telah dizahirkan menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MOA) antara pihak pengurusan PPSB dan Persatuan Pegawai Kanan (SOA) bertempat di Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang pada 11 Jun 2026.
Perjanjian ini menandakan penyelesaian menyeluruh secara muafakat berhubung terma serta syarat pekerjaan bagi ahli-ahli persatuan SOA melalui beberapa siri rundingan bersama yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MMC Port Holdings Berhad, Dato' Azman Shah Bin Mohd Yusof
Hubungan harmoni industri ini menjadi pemacu utama kepada aspirasi baharu syarikat seperti yang ditekankan oleh Dato' Azman Shah bin Mohd Yusof, untuk melihat Penang Port kembali bangkit dengan semangat 'HARIMAU KUMBANG KEMBALI MENGAUM'!
Dengan penyelesaian ini, seluruh warga kerja PPSB harus membuka lembaran baru untuk memberi fokus meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat. Kita harus memastikan PPSB kekal berdaya saing seiring dengan operator pelabuhan lain di bawah MMC Ports.
Klik sini untuk menonton video.
Back