Memperkasa Keselamatan, Memperkukuh Kerjasama

11 JULY 2025, BY
PP_Memperkasa_Keselamatan_header.jpg

Pada 11 Julai 2025, Penang Port Sdn Bhd telah menerima lawatan kerja delegasi daripada anggota Keselamatan Parlimen Malaysia dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) PDRM untuk meninjau secara terperinci operasi mesin pengimbas bagasi bertempat di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

Lawatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan pemahaman mengenai prosedur yang lebih cekap, sistematik dan selari dengan piawaian keselamatan antarabangsa. Inisiatif ini mengukuhkan komitmen PPSB untuk memastikan keselamatan dan kelancaran operasi di terminal SPCT kami.

 

 Back