Home / Activity / Activity Articles / July 2025 / Kami ada di Hari Pengangkutan Pulau Pinang 2025!
Kami ada di Hari Pengangkutan Pulau Pinang 2025!
03 JULY 2025, BY
Terima kasih kepada semua yang singgah ke reruai kami bertempat di Konkos Tingkat 3, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dari 1-3 Julai 2025. Kami gembira dapat berinteraksi dengan anda semua dan berkongsi maklumat dari operasi pelabuhan hingga perkhidmatan feri kami yang menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang.
Mewakili Pelabuhan Pulau Pinang, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dengan berbesar hati mempamerkan informasi terkini dan peranan penting Pelabuhan Pulau Pinang dalam rangkaian pengangkutan negeri ini.
Acara ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, yang turut meluangkan masa melawat reruai pameran kami. Terima kasih kepada semua yang hadir! Sokongan anda terhadap Pelabuhan Pulau Pinang dan khususnya perkhidmatan feri amat kami hargai.
Back