Lawatan Delegasi Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia ke PPSB

31 JULY 2024, BY

PP-Lawatan-Delegasi-Pejabat-header.jpg

Pada 31 Julai 2024, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) berbesar hati menerima lawatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Encik Nor Affandi Bin Mohamed Rashid, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengetuai sesi perbincangan mengenai keselamatan instalasi di pelabuhan.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada Program Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting Negeri Pulau Pinang (JKPK SP PP) Tahun 2024.

Perbincangan melibatkan fungsi perkhidmatan , kesan kemusnahan instalasi kepada negara, sistem keselamatan, serta perancangan kontigensi. Delegasi juga berpeluang meninjau aktiviti harian di beberapa instalasi Pelabuhan Pulau Pinang.

Terima kasih kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Pulau Pinang dah ahli-ahli JKPK atas lawatan ini. Kami berharap dapat bekerjasama untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan  perairan di peringkat serantau dan antabangsa.

 

 Back