Home / Activity / Activity Articles / January 2026 / Majlis Penghargaan Pekerja Penang Port Sdn Bhd
Majlis Penghargaan Pekerja Penang Port Sdn Bhd
05 JANUARY 2026, BY
.JPG.aspx)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.
Majlis Penghargaan Pekerja Penang Port Sdn. Bhd. telah berlangsung dalam suasana penuh meriah dan penuh makna sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta dedikasi warga kerja yang menjadi tonggak utama kejayaan organisasi. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Penang Port Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Seri Syed Mohamad bin Syed Murtaza dan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn. Bhd., YBhg. Dato' Sasedharan Vasudevan, yang bersama-sama meraikan pencapaian warga kerja.
Anugerah Khidmat Lama diberikan kepada staf yang telah menabur bakti selama 20 tahun dan 30 tahun, sebagai pengiktirafan atas kesetiaan serta komitmen mereka terhadap organisasi. Lebih istimewa, majlis ini turut meraikan para pesara yang menamatkan khidmat dengan penuh dedikasi, anak-anak warga kerja yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama, serta atlet Penang Port Sdn. Bhd. yang berjaya menyumbang pingat dalam Temasya Sukan MMC.
Dalam majlis ini juga, dua orang anggota Polis Pelabuhan Penang Port Sdn. Bhd. turut diraikan atas pencapaian mereka memperoleh Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara, untuk sumbangan mereka membantu Polis DiRaja Malaysia mematahkan sebuah kes jenayah. Tahniah diucapkan kepada semua yang dirai.
Back