Home / Activity / Activity Articles / August 2024 / KUNJUNGAN HORMAT JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH UTARA KE PENANG PORT SDN BHD
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH UTARA KE PENANG PORT SDN BHD
09 AUGUST 2024, BY

Penang Port Sdn Bhd berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara yang diketuai oleh Tn. Hj. Abd Majid bin Hj. Rais, Pengarah Laut Wilayah Utara, bersama pegawai kanan JLWU.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan keselamatan maritim, efisiensi operasi pelabuhan, dan pembangunan industri maritim di Wilayah Utara. Pertemuan ini juga membuka ruang untuk membincangkan inisiatif baru yang dapat memberi manfaat kepada sektor maritim negara.
Delegasi juga berpeluang meninjau aktiviti pelabuhan di beberapa instalasi Pelabuhan Pulau Pinang bersama pegawai PPSB.
PPSB komited untuk terus menyokong dan bekerjasama dengan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan maritim di perairan semenanjung khususnya wilayah utara.
Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Abd Majid bin Hj. Rais dan delegasi beliau atas kunjungan yang berharga ini.
Back