Home / Activity / Activity Articles / April 2025 / Kemeriahan Mega Raya 2025: PPSB Meraikan Warga Kerja & Ahli Keluarga Dalam Suasana Syawal
Kemeriahan Mega Raya 2025: PPSB Meraikan Warga Kerja & Ahli Keluarga Dalam Suasana Syawal
29 APRIL 2025, BY
Pada 19 April 2025, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mega Raya 2025 yang julung kali diadakan di Grand Ballroom, Bertam Resort & Waterpark, Kepala Batas, Pulau Pinang. Acara meriah ini menghimpunkan lebih 3,000 tetamu terdiri daripada warga kerja PPSB dan ahli keluarga mereka dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.
Penganjuran majlis ini adalah inisiatif PPSB mengukuhkan silaturrahim dan menghargai sumbangan warga yang menjadi tulang belakang kejayaan Syarikat. Majlis dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan artis jemputan Usop dan Fieya Julia, persembahan saksofon oleh Wan Andre, serta tarian zapin oleh kumpulan Geris Sumayau dari USM.
Antara acara yang dinantikan adalah cabutan bertuah yang menawarkan lebih 90 hadiah menarik bernilai RM20,000, termasuk barangan elektronik, gajet Xiaomi, dan baucar masuk taman tema air.
Majlis turut menampilkan pertandingan akhir “Karaoke Battle” yang menyaksikan lima peserta PPSB menunjukkan bakat masing-masing, dengan juara membawa pulang wang tunai RM500. Pertandingan Pakaian Raya Tercantik juga mencuri tumpuan, dengan penampilan para peserta yang kreatif, cantik dan bergaya.
PPSB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan memeriahkan acara ini. Majlis Mega Raya 2025 bukan sekadar sambutan perayaan, tetapi lambang keakraban, kasih sayang dan kebersamaan keluarga besar PPSB.
Semoga semangat Syawal terus menyatukan semua warga PPSB dan menjadikan kenangan ini satu detik yang bermakna dan sukar dilupakan.
Back