PERUBAHAN LALUAN TRAFIK DI TERMINAL FERI PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM (PSAH)

23 DECEMBER 2017, BY
PERUBAHAN LALUAN TRAFIK DI TERMINAL FERI PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM (PSAH), BUTTERWORTH - SILA RUJUK GAMBAR DI BAWAH.

Bermula 23 Disember 2017 hingga 9 Januari 2018, sebahagian laluan keluar / masuk di antara Halaman Tengah dan Halaman Dalam, Terminal Feri PSAH, Butterworth akan di tutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf laluan pejalan kaki oleh pihak MRCB.

Oleh yang demikian, laluan keluar / masuk ini akan menjadi LALUAN SEHALA dari masa ke semasa bergantung kepada setiap kali ketibaan feri di Terminal Feri PSAH, Butterworth.

Untuk tujuan keselamatan, semua pengguna feri adalah di nasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan Pengawal Trafik bertugas dan papan tanda di Terminal Feri PSAH, Butterworth.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Pengawas Operasi PSAH di talian 04-3102 377.

Terima kasih atas kerjasama anda.

PSAH-malay.jpg

 

 Back